04 March 2009

Semalam.

Semalam aku terbuat benda yg aku x pernah buat.

Selama ni aku akan rasa shit kalau berjalan2 di mana2 bandar di kala senja (tepi pantai OK la..)

Tapi semalam, selepas azan Maghrib aku dapati diri aku sedang berjalan2 di sekitar Chow Kit.

Aku dari Kampung Baru, berjalan kaki, baru habis makan malam bersama Sharifah & Kudin.

Sangat indah.

Melalui pasar malam yang penuh dengan sayur. Pelayan di kedai makan yang sedang susun2 kerusi. Pasangan (warga asing?) yang sedang berjalan dan bertegur sapa dengan pemilik kedai.

Terang. Lampu jalan banyak. Agak nyaman. Baru lepas hujan. Nasib baik situ tak banjir. Melintas Jalan Tunku Abdul Rahman pun tak susah sangat.

Mendengar lagu2 dangdut yang diputar pemilik kedai pakaian, sangat nyaman.

Dari kejauhan terdengar bunyi siren. Ah, kereta bomba rupanya. Aku suka.
Melihat pemandunya yang serba oren, dan anggota2 lain. Aku kagum profesyen itu. Memecut laju melintasi aku. Ada kecemasan agaknya. (Membantu mangsa banjir kot?)

Sampai di satu simpang aku belok ke kiri. Sudah ramai orang menunggu bas. Bas yang sudah ada di situ U4. Bukan bas aku.

Dari kejauhan ada lagi satu bas RapidKL. Ah, U3! Chow Kit - Bandar Baru Selayang. Bas aku sidah tiba!

19:52, aku menaiki bas.

Dan aku belum sembahyang Maghrib.

No comments: