11 June 2009

Perihal Sebiji Mangga.



Hari Rabu lepas, ketika aku mahu pergi kerja, baru aku sedar akan adanya cubaan untuk mencuri Yamaha LC135 HC kesayanganku.

Jam sudah pukul 0930, aku yang baru turun dari tangga dan menuju ke arah motorku yang sudah 2 malam aku parking di bawah apartment tempat aku tinggal. Mula2 aku nampak pengunci 'fork' tayar hadapan berada dalam bakul motor..

"Eh, macam mana boleh ada kt sini? Takkan aku terlupa nak kunci fork depan ari tu, biasa aku tak pernah lupa kunci..??"

"Takpe la.. Aku memang terlupa kot.."

Apabila aku mencangkung nak bukak Solex yang aku letak kat spoket rantai kat tayar belakang baru aku perasan.. Cinabeng btol, binawe.. Lahanat... Solex yang aku beli dengan harga RM 43.00 telah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Rupa-rupanya, ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah cuba mengopak Solex yang aku pasang tu. Nasib baik la percubaan beliau gagal. Berterabur jugak la beberapa kepingan logam daripada Solex tu kat atas lantai, tapi tak berjaya dibukak jugak. So selamat la motor aku. Pengajaran: Sila guna Solex yang original yang memang azab dunia kalau nak cuba kopak.. Haha...

Aku dah hangin la. Ni mesti lambat la aku pegi kerja hari nih. Walaupon dalam hati syukur banyak2 sebab motor tu masih wujud lagi di depan mata aku.. Rupa-rupanya, si pencuri yang gagal tersebut dah berjaya bukak kunci belah depan, sebab tu la aku sampai kat moto je, bende tu elok je ade dalam bakul moto.. Nasib baik die tak rembat, bleh gak aku guna lagi.. Haha.. Untuk makluman, kunci tayar depan tu memang senang sangat digodam. So kalau nak parking lama2 memang tidak digalakkan langsung guna satu kunci tu aje.. Sebab tu la aku Solex rantai tayar belakang sekali..

Aku cube la masukkan kunci gak kat dalam Solex yang dah nak pecah tu.. Kot2 boleh bukak.. Setengah jam jugak la aku dok try masukkan baru boleh, sebab gigi2 kat dalam tu sumer dah tak align.. So nk alignkn balik mmg amik mase la..

Alih2 tak boleh bukak jugak... Aku pon nak try la kopak jugak.. Mane tau aku berjaya.. Haha.. Aku pon bukak la seat nak amik tool yag ade kt compartment bawah seat tu.. Tapi.. Lahanat btol.. Tool tu pon kene rembat jugak!!! Sial.. Bleh jugak diorang bukak seat nak amik mende tu.. nasib baik la road tax aku tak simpan situ.. Kalo tak lagi haru...

Percubaan demi percubaan gagal. Aku siap naik atas amik plyer, tapi xleh jugak. Last2 aku dah nekad nak potong je Solex ni.. Tapi nak cari orang buat satu hal jugak.. Dah la orang lalu2 je, sumer tengok je, takde sape pon nak tolong.. Ade la sorang apek tu dok tanye2...

Last2 aku naik balik, rembat kunci moto housemate aku yg tgh tido lg tuh.. Pegi kedai hardware kat Stadium Selayang. Nasib baik la die tak keje ari tu... Mase tu dah dekat kol 1100. Member aku yang kat ofis dh dua tiga kali call, tapi aku tak angkat sebab tengah hangin...

Mula2 aku ingat nak mintak tauke tu tolong potongkan Solex tu. Solex tu pon aku memang beli kat kedai die.. Sekali charge RM 20.00 la.. Dah la tauke xde.. Kol 12 baru bleh potong.. Hampeh la.. Takkan nak tunggu.. Dah la mahal.. Nak kene beli Solex lagi pasni...

Last2 aku beli mata gergaji besi, pastu potong sendiri lagi senang.. RM 5.50 jer.. Murah2.. Haha.. Sejam jugak la aku potong dua2 belah kaki Solex tu baru la abis.. Penat siot.. Tekak aku dh dahaga giler nih...

Agaknyer sebab aku parking kat hujung sekali la moto aku kene mark tu. Dh la LC, baru beli 2 bulan. Kaler hitam... Ader clutch plak tu.. Haha... Barang panas tuh.. Dh la ari Selasa aku tak pegi keja.. Demam.. So 2 malam la moto tu stay kat situ tak gerak pegi mane2... So mmg diorang dh aim lama la agaknyer..

So diorang dah berjaya bukak kunci tayar depan, tapi gagal plak bukak Solex kat tayar belakang. Aku rasa pencuri tu cedera jugak, sebab aku rasa ada kesan darah kat rim tayar belakang n kat seat belakang sebelah kiri. Haha.. Padan muka. Dah la gagal.. Cedera plak tu...

Aku naik balik atas rumah, letak balik kunci moto housemate aku kt tempat aku amik, minum air, amik WD 40, spray2 sket kt rantai, spoket n mane2 yang patut... Mase aku nak blah pegi keje tu orang dah start balik umah nak lunch.. Haha...

Aku sampai ofis kol 1300.




Solex yang digembar-gemburkan. Yang atas tu aku yang potong. Kat dalam lubang kunci dan serpihan2 logam tu keje si pencuri bedebah.


1 comment:

Eyra Fadz said...

ala..sket je tu.nsb x hilang.haha