19 March 2009

Once a joke...

Lagu ni lagu lama.. Masa aku form 3 kot.

Dulu rasa poyo jer lagu ni. Walaupun poyo aku suke. Sebab aku rase camest. Haha... Tapi tak bermakna aku minat Moffatts ok! Haha..

Tapi dengar balik lagu ni ari ni.. Rasa lain la pulak. Lirik lagu tu betul2 macam apa yg aku rasa skarang....

So.. Who do you love?



Who Do You Love

by The Moffatts




Here we are,

Tell me I'm the only one that makes you feel alive, again.

There you go,

I see you watching him when you don't think I know, should've let you go.

So who's it gonna be, Is it him or me?



(Chorus)

Who do you love? Who do you need?

You're messin up mu mind, wasting all my time.

Who do you love? What do you feel?

Stop playin with my heart, you're tearin me apart.

Am I the one who can make you fly up above?

Is it me who can take you higher than you're dreamin of?

Now who do you love...who do you love.



Turn around,

Do you really think you can play me like a fool, for you.

And then I realize,

When you touch me it's like nothing I have known, could'a let you go.

So who's it gonna be, Is it him or me?

18 March 2009

An Unsuccessful Success

Dh 2 hari aku demam.... Hari ni je baru rasa sihat sikit.. Banyak sangat dosa kecil kot...

Kurang motivasi jugak.. Mungkin.. Menyebabkan virus mudah menyerang.

Pegi klinik pon setakat amik MC jer.. Ubat tak makan2 pon..

Hadiah hari jadi.. Hmmmm.. Kurang memberangsangkan..

Masa yang salah.. Momen yang salah.. Perasaan yang salah...
Semuanya kurang membantu...

Tuhan tolong.... Aku cinta dia...
Tak mahu la berkawan saje selame2 nye...


*Tinggi sangat ke cita2 aku ni?

09 March 2009

Hadiah Hari Jadi....


Lusa hari jadi seseorang.

So aku pon keluarkan la sedikit duit gaji untuk belikan die hadiah.


Aku berjalan2 di sekitar Kangar semalam mencari sesuatu yang sesuai. Mula2 melilau di The Store. Lepas tukar saiz selai baju kemeja yang aku beli bulan 12 ari tu.. (ye la, balik kampung bukan selalu..), aku naik ke tingkat 3 mencari2 hadiah. Aku plan nak beli kotak je, sebab aku dh ade selai kain yg member aku beli kt India. Ingat nak bagi tu jer. Sekali kotak kt situ sumer hampeh2 jer, aku plak terpikir nk bagi teddy bear pulak. Dipendekkan cerita, setelah berpeluh2 dok pilih kad ucapan dalam kepanasan kerana aircond rosak, aku pon keluar menuju Masjid Alwi utk sembahyang Asar dulu.


Aku perasan sesuatu tadi. Sangatlah poyo ketika memilih hadiah kt The Store tadi.. Selalu aku yg kata org mcm poyo kalau dalam situasi tu. Tapi hari ni baru aku rasa poyo tu kene kt aku balik...


Tapi takpe la.. Seseorang punya pasal.
Pas sembahyang Asar, aku pegi kat satu gift shop yang aku rase paling popular la kt negeri ni, Yen Gallery. Haha.. Dh tu jer yg ada kat negeri aku nih. Satu lagi tutup. Ahad cuti kan..


Dipendekkan cerita lagi, aku pon beli la sekor taddy bear kaler pink nih (seseorang ni suka kaler pink, kad tadi pon jenuh aku cari sebab nk yang pink la.. Haha..). Takde la besar sangat, aku rase sedap2 la seseorang ni peluk la. Ade sekor yang paling besar, tapi mcm tak muat nak masuk kotak la pulak. Bajet aku pon lari sikit la kalo beli yg tu.. Haha...


Tapi kat sini tak rase poyo sangat la kn, sbb mmg sumer org tgh cari hadiah. Haha.. Diorang pasal lagu2 yang feel2 pulak tu.. Menambahkn perasaan cinta semasa memilih hadiah untuk orang yg tersayang.. (kalo tgh bercinta la, api aku... Ntah la..)


Setelah aku beli dengan sungguh confident, baru aku perasan Perlis cuti la pulak hari ni!!!

Arghhh!!! Aku ingat nak antar ari ni pakau courier. Spoil btol!!!

Arghh!!!

Aku nak ngam2 sampai kat die 11.03.


Aku kene usung balik KL la nampak gayanyer.. Pastu antar pagi2 besok kat post office KLCC.


Ingat nak pass kat abah aku jer, tapi segan la plak, kang die igt aku dh serius ng seseorang tu ker. Tak pasal2 die confident plak dh ade calon menantu.. Wat spoil jer...


Tanpa pilihan lain, aku terpaksa usung balik KL la...


Bas aku kol 9 mlm ni...


Selamat Hari Jadi, kalo boleh aku katakan.. Sayang..


Letih aku gunting bende nih...

Diselimuti kain dari India..

Rest In Peace

Kotaknyer..

Lebih baik diam.

Susah nak bagi orang yang tak faham, faham pasal satu2 benda.

Lebih baik diam kan. Daripada cuba untuk memahamkan dan proses tersebut membuatkan kepala otak lebih serabut.

Dan apabila orang itu faham, dia akan sentiasa mengganggu kita dengan sering bertanya dan mengungkit tentang benda tu... Lebih baik saja dia tidak tahu langsung pasal benda tu.

Lebih baik diam. Simpan saja cerita yang tidak perlu diceritakan kepada orang lain. Simpan saja untuk diri sendiri.

Kerana jika diceritakan, mungkin orang itu akan terbeban sama dengan permasalahan diri kita. Mungkin tidak adil untuk orang tersebut untuk tidak mengetahui apa2, tapi inilah rasanya yang terbaik untuk orang itu, lebih2 lagi jika orang tu adalah seseorang yang kita sayang.

Aku tidak mahu membebankan dia. Aku tidak mahu membebankan mereka.

Jadi lebih baik diam.

*Faham?

07 March 2009

Pulau Kapas


Aku ke Pulau Kapas awal bulan lepas bersama2 APMM.

Dah sebulan lebih...

Tapi macam mana aku nak lupakan kenangan kat sana kalau tiap2 minggu ada artikel pasal kejadian tu dalam surat khabar.....




Adakah kenangan itu tak patut dilupakan? Mungkin..



Kejadian itu...

Udang besar gile @ kedai bawah pokok mempelam dekat jeti APMM.

06 March 2009

Bila Berani Datang

Bila keberanian tu datang.....

Nasib pula tidak menyebelahi kita. Harapkan yang terbaik. Namun ketentuan Tuhan lebih agung.

Mungkin belum tiba masanya. Mungkin hati boleh berubah. Mungkin perasaan boleh diubah.

Gagal ke? Sekurang2 nya aku mencuba...

Terima kasih kepada yg menyokong selama ni.

Friendship?

*tak bleh nak berangan dah la lepas ni....

04 March 2009

Semalam.

Semalam aku terbuat benda yg aku x pernah buat.

Selama ni aku akan rasa shit kalau berjalan2 di mana2 bandar di kala senja (tepi pantai OK la..)

Tapi semalam, selepas azan Maghrib aku dapati diri aku sedang berjalan2 di sekitar Chow Kit.

Aku dari Kampung Baru, berjalan kaki, baru habis makan malam bersama Sharifah & Kudin.

Sangat indah.

Melalui pasar malam yang penuh dengan sayur. Pelayan di kedai makan yang sedang susun2 kerusi. Pasangan (warga asing?) yang sedang berjalan dan bertegur sapa dengan pemilik kedai.

Terang. Lampu jalan banyak. Agak nyaman. Baru lepas hujan. Nasib baik situ tak banjir. Melintas Jalan Tunku Abdul Rahman pun tak susah sangat.

Mendengar lagu2 dangdut yang diputar pemilik kedai pakaian, sangat nyaman.

Dari kejauhan terdengar bunyi siren. Ah, kereta bomba rupanya. Aku suka.
Melihat pemandunya yang serba oren, dan anggota2 lain. Aku kagum profesyen itu. Memecut laju melintasi aku. Ada kecemasan agaknya. (Membantu mangsa banjir kot?)

Sampai di satu simpang aku belok ke kiri. Sudah ramai orang menunggu bas. Bas yang sudah ada di situ U4. Bukan bas aku.

Dari kejauhan ada lagi satu bas RapidKL. Ah, U3! Chow Kit - Bandar Baru Selayang. Bas aku sidah tiba!

19:52, aku menaiki bas.

Dan aku belum sembahyang Maghrib.

INDAHNYER......

Pagi tadi aku sampai PWTC awal...

Setelah redah Hall 2 yang tenggelam dalam banjir semalam, aku terus pegi ke booth Asian Timber.

Sharifah call cakap die lambat, sebab die baru bangun tido!!

Aku jage booth sorang2..

Sangat mengantok..

Nasib baik aku bawak laptop.. Samil meminjam Maxis Broadband kepunyaan housemate.

Sini internet ade, tapi kena bayar. mahal dowh.. 5 hours=RM 100, 24 hours=RM 200!!

Cekik DARAH!!

Aku pon pasang laptop. Sambil layan visitors yang datang dan dapat majalah free...

Aku pasang lagu Faking the Books...


INDAHNYER......

MIFF under water.

As you heard about the flash flood in KL yesterday, the worst stricken event was MIFF. The exhibition in Hall 2 was totally submerged.

A few cars (15++) parked beside the river were caught in the flood. 2 of them was slightly washed away and bumped into other car. It was a good variation, as they consisted of Mercedes, BMW and local made cars.

The owners were unaware of the flood as they were in the exhibition hall and they only realized it when it was too late. An announcement was made, instructing everybody inside Hall 1 & 2 to evacuate as the flood was rising, when the cars were already halfway under water.

It was a good show for everyone as crowds gathered to watched the stranded cars. Some of the car's alarm was triggered by the rising water and a few of the owners tried to remove their car, but ended up in failure as they just totally wrecked the engine.

The picture which came out in The Star today was taken below the point where I was watching the flood. The flood water was brownish as it brought together mud from the upper river.

I wonder if one of the guys standing beside me on the walkway was the owner of one of the cars.. The Mercedes maybe?



The Results:





02 March 2009

MIFF @ PWTC

Akan berada di PWTC dari esok (Selasa) sampai Sabtu untuk jaga booth Asian Timber di MIFF.

Malaysia International Furniture Fair (MIFF) 2009.

Damn.. Benci betul buat bende yg kita tak minat...

Layan jer la...

01 March 2009

Faking The Books

We’ve been done before
and now we try to forge ourselves

We’ve been done before
and now we try to forge ourselves

I’ll be true again

But until then I fake the books
‘Cause everybody knows
This ain’t heaven
Until everybody knows

We’ve been wrong before
There is a lot that we survived

We’ve been wrong before
There is a lot that we survived

I’ll be true again

But until then I fake the books
‘Cause everybody knows
This ain’t heaven
Until everybody knows

Hari Minggu Yang Bingung

Itu tajuk album Sundays.

Itulah yang aku rasa. Dua malam berturut2 cuba meluahkan perasaan, tapi masih gagal. Aku rasa dah cukup nekad, tapi macam2 pulak halangan.

Sampai tak terluah. Mungkin masa belum cukup sesuai....

Tapi sampai bila aku harus tunggu masa tu tiba..? Mungkin aku perlu cipta sendiri masa tu??

Maaf.. Aku bukan pencipta. Maaf untuk diri sendiri. Atas kegagalan yang berterusan.

(Filem Alexandria boleh buat aku menangis.)