19 May 2009

Highly Demotivated.

Dah masuk seminggu aku takleh buat kerja.. Belambak2 atas meja nih.. Satu apa pon tak siap..

Minggu lepas aku rasa sgt pressure sebab perlukan kepastian..

Tapi minggu ni bila aku dah dapat kepastian tuh.. Aku jadi lagi haru biru....




Dia dah kapel dengan orang lain. Baru je sebulan.... Aku miss lagi.....

Damn. Shit. ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

Rasa nak beli punch bag je, balik tumbuk2 kat rumah.

13 May 2009

Jelajah Pantai Barat.

Untuk mengisi masa lapang ketika cuti Hari Pekerja 1 Mei tempoh hari, aku & Farid Hidayat telah mengadakan satu perjalanan 'tanpa perancangan' ke Utara.

Berikut adalah laluan perjalanan kami:

Selayang-Subang-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Bota-Beruas-Trong-Taiping-Kuala Sepetang-Kuala Kurau-Parit Buntar-Nibong Tebal-Butterworth-Sungai Petani-Gurun-Alor Setar-Simpang Empat-Kangar-Beseri

1st stop; Bukit Melawati, Kuala Selangor..

Somewhere in Sekinchan.

Makan tengah hari di Teluk Intan, sambil naik ke menara condong ketika orang lain sudah bersiap nak solat Jumaat.

Kat sini la JWW Birch mati kena bunuh....


Beruas.

Berhenti solat di Trong. Masjid ni ada memori kenangan silam...


Tempat jatuh lagikan dikenang....

Bermalam di Casuarina Inn, Taiping. Tempat macam seram je. Sebelah Penjara Taiping.


Macam ni la Long Jaafar jumpe bijih timah dulu2...

Kota Ngah Ibrahim


Kuala Sepetang. Mencari batu tanda Stesen Kereta Api Kuala Sepetang yang tiada jumpa..

Pekena Mee Udang dulu kat Salleh Stall. Ngam. RM 8.00 sekali Teh O Ais.


Hutan Paya Bakau Larut-Matang

Kilang arang kat Kampung Dew, Sempadan daerah Larut-Matang & Kerian. Dah berkurun aku mengidam nak buat photoshoot kat sini..

Muara sungai Kuala Kurau. Berdiri atas jambatan, bau laut, Perghhhh.....

Sea breeze.... Ahhhhhh....


Menghabiskan petang di Kuala Kurau.

Laluan meninggalkan Kuala Kurau menuju Bagan Serai petang itu. Awan tu sangat cantek..



Seterusnya melawat USM sebentar sebelum bertolak pulang ke rumah. Makan jagung dalam cup letak lada kat kaki Gunung Jerai malam tu memang power...

Sampai di rumah pukul 12 lebih. Makan malam. Farid blah malam tu jugak balik rumah dia di Tasek Gelugor.

Rasa2 nak buat satu story hantar kat majalah Libur. Tunggu je la...

Inilah Cuti2 Malaysia yang sebenar!

08 May 2009

Cinta.. Cinta.. Cinta... Haih....

Aku jatuh hati pada seseorang.... Wah.....

Sape2.. Tolong tunjuk ajar....

Boleh?

04 May 2009

Aku Yang Jarang2 Membaca.

Hari tu boring2 aku beli buku ni. Tak tau la bila boleh habis baca. Buku yang kat bawah tu pon blom abis lagi.. Haha...