11 April 2009

Bulan oh bulan...

Aku sedang di dalam bas.. Mahu pulang ke kampung.. Membawa hati yang lara..

Di luar tingkap, aku memerhati bulan yang mengambang.. Sangat cantik.. Aku pun sudah lupa bila akhir kali aku ambil masa untuk memerhati sang bulan sebegini rupa..

Sambil telinga dialun irama yang aku sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi aku sangat suka lagu itu.. Smashing Pumpkins - 1979..

Dan baru2 ini jugak, aku baru tahu akan adanya insan lain jugak yang berkongsi minat akan lagu yang sama, Yo Te Amo.. Terima kasih.

Dan andainya kamu juga sedang melihat bulan di mana sekali pun.. Ketahuilah bahawa kita sedang melihat bulan yang sama.. Indah kan?

*aku menulis dari sekitar Ulu Bernam, di atas bas Mara Liner, melalui platform Opera Mini, di dalam gajet Sony Ericsson K800i.

1 comment:

Feng said...

oh bulan, lalalalalalala.


:)